Dulu.......
Lara tak ada bakat main gitar
Lara tidak berbakat buat kek
Hari ini......
Lara boleh main gitar
Lara boleh buat kek, kuih raya dan muffins
Semuanya boleh kalau kita mahu mencuba dan berkeinginan melakukan. Tidak berbakat hanyalah alasan untuk tidak mencuba dan malas mencuba! Betul, terbukti pada diri Lara ini!
Saturday, December 19, 2009
Career Woman vs. Surirumah

Suatu masa dulu, Lara selalu mengeluh bila hari cuti, "eiiii! penatnya duduk rumah ni.... lebih baik pergi kerja!" Masa tu Lara rasa tak habis2 buat kerja rumah, melayan anak dan sewaktu dengannya. Bila pergi kerja, ungkapan yang sama juga keluar bila bersembang dengan kawan pejabat.
Tapi hari ini, Lara bergelar surirumah, tapi tak pulak Lara mengeluh penat menjaga anak2. Lara terfikir juga kenapa? Kerana Lara bersedia dari segi mental dan Lara memang berniat untuk menjaga anak-anak di kesempatan ini. Kesian mereka, bila Lara bekerja dulu, awal pagi dihantar ke sekolah/rumah pengasuh dah petang/senja baru Lara muncul bawa balik rumah. Di rumah mereka nak bermanja dengan Lara mula merengek dan minta itu ini , bila semua pun meragam Lara pun jadi geram anak kena marahlah..... kesian anak2 Lara. Mereka nak bermanja sahaja setelah seharian tidak berjumpa...... tapi Lara penat, ingin juga berehat tapi anak minta perhatian pula....
Hari ini Lara berbangga dan bersyukur kepada Allah kerana dimakbulkan doa Lara untuk menjaga anak2 sendiri. Walaupun ini hanya sementara tapi Lara puas dapat memasak untuk mereka dari sarapan, makan tengahari dan makan malam. Walaupun masakan yang paling senang seperti telur goreng, nasi dan kicap sahaja kekadang tu, tapi Lara puas dapat menyuap sendiri dengan tangan Lara ini ke mulut anak2. Baju dibasuh oleh mesin basuh tetapi disidai dan dilipat dengan kasih sayang oleh dua tangan Lara ini. Ketika tangan leka mengerjakan pakaian hati Lara tidak berhenti mendoakan kebaikan untuk anak-anak tersayang. Mudah-mudahan anak-anak Lara diberkati usaha dan amal mereka di dunia agar diakhirat kelak beroleh kebaikan abadi. AMIN!

Friday, December 18, 2009
Jemputan
Ramadhan 2008
Lara tiba-tiba tergerak untuk menjemput satu family ni datang berbuka puasa kat rumah... memang tak pernah kenal mereka ni pun. Hanya suami Lara saja yang pernah bersembang dengan si isteri tu kerana sama-sama hadir di suatu kelas. Sekali tu jelah! Tak mengapalah nanti bila datang Lara boleh kenal lebih baik lagi dengan mereka.
Peramah isterinya, si suami pula askar. Bersungguh datang menemankan isteri belajar di luar tanah air tercinta. Meninggalkan kerja sebagai perwira negara. Anaknya 2 hero. Bestnya mereka ni.... Lara dapat kawan baru dan hingga kini kami kawan baik.
Seronoknya berbuka hari tu dapat kenal orang baru dari Malaysia. Meriah lah berbuka hari tu. Kalau tak hanya Lara, suami dan anak2. Bersungguh-sungguh Lara memasak hari tu nak menjamu rakan baru tu.
Aidil Adha 2009
Minggu lepas tetiba ada panggilan dari seorang wanita yang langsung tidak Lara kenali. Dia perkenalkan dirinya dan katanya adiknya sama-sama belajar dengan suami Lara dulu. Oooo... jadi kami berkenalanlah melalui telefon, peramah orangnya.
Selang 2-3 hari kemudian, wanita itu menelefon kembali. Nak buat jemputan katanya... Hari Raya haji nanti jemputlah ke rumah, kita makan-makan yer... dia tanya lara lagi, ada anak kecil tak? Lara kata ada... kenapa kak? aaaa... bawak baju mandi sekali nanti boleh swim kt rumah akak.... OOOOO ada swimming pool akak ni... Ok suami Lara juga dh setuju... nanti kami datang kak, Insyaallah! Lara pergi sana bawak kuih Raya!
Pada petang Hari Raya kami pun menuju ke sana, wow besarnya rumah akak ni. Kami disambut dengan ramah mesra sekali. Walau pun rumah besar, ada swimming pool tak kekok Lara, suami dan anak2 di rumahnya. Anak2 apa lagi terus terjun ke swimming pool. Banyak sekali juadah akak ni buat rendang, ayam goreng, lontong.... Ada banyak lg....memang best! .....
Sepanjang berada di sana, Lara bersyukur kpd allah ditemukan dengan insan baik seperti akak ni, ikhlas dia menerima kami sebagai tetamunya. Lara mendoakan dia agar diberkati Allah selalu!

Saturday, November 21, 2009
Rezeki.
Setiap anak yang datang Allah kurniakan rezeki untuk setiap anak itu,Setiap niat yang baik, Allah gandakan pulangannya walaupun belum dilangsaikan niat itu...
Dan kenapa harus kita menidakkan nikmat yang telah Allah berikan itu?
Suatu hari Lara pergi ke pasar malam... Lara berhenti kat sorang Pakcik Tua yang menjual laksa... gerainya atas sebuah basikal. Ada kotak yang memuatkan bahan2 laksanya, bawang telur, timun dan kuah. Kuah diletakkan di bahagian luar kotaknya dalam periuk tanah... buyung kata org kampung Lara... masih panas kuah tu... berasap-asap lagi...
Lara mintak laksa 2... maka pakcik Tua itu pun ambil 2 bungkus laksa yang pre-packed dan masukkan bebahan lainnya dan ikat. Kemudian dia mencedok kuah, Lara bilang sekalikan jelah kuah tu pakcik, nak makan ngan anak2 nnti... Lara pun tak nak membazir plastik pakcik tu... walau pun satu tapi kalau 100 customer cam ni... kan untung lebih skit pak cik tu nanti...
Pakcik Tua tu pun kemudian masukkan 2 bungkus laksa Lara dalam sumpit dan menghulurkannya kepada Lara... Berapa Pakcik? tanya Lara... 3 ringgit jer nak! Lara pun amik ler duit dalam purse dan hulur kt Pakcik tu... dan kebetulan mmg ada duit kecik plak...
Pakcik tu pun amik duit RM3 tersebut dan mencium duit tersebut dengan ucapan 'Alhamdulillah'... Ya Allah! besar sungguh nilai Rm3 tadi pada Pakcik tu... tinggi sungguh rasa syukurnya pada Allah SWT kerana menerima rezekinya dari pembelian Lara tadi... walaupun hanya RM3.... pernahkah Lara ucapkan rasa syukur bila dapat gaji tiap-tiap bulan walaupun 4 angka? mungkin Lara bersyukur tapi rasanya tidaklah diungkapkan bila setiap kali gaji masuk dan tidak seperti yang Pakcik Tua itu rasakan... Lara patut lebih bersyukur lagi dengan apa yang Lara ada hari ini....
Alhamdulillah, syukur dengan semua nikmat yang Kau berikan!
Monday, November 16, 2009
Tudung Siti...

Wah ramai sungguh orang yang komen 'Pehal si Siti tu pakai tudung ke tak?'
Bagi Lara senang jer.... Alhamdulillah dia ada keinginan untuk menutup aurat atas kesedarannya dan ilmu yang dia ada sebagai seorang Islam. Mungkin setakat ini, itu yang dia mampu buat dan belum pun terkesan untuk dia berbuat sepenuhnya. Insyaallah berkat doa keluarganya dan kita semua kelak Siti Nurhaliza akan menerima hidayah Allah.
Apa yang Siti buat tu Lara dh pernah melaluinya... masa tgh belajar kat universiti dulu Lara tak pakai tudung pun tapi bila tengok ramai kawan2 pakai tudung teringin juga masa tuh lagipun ia juga satu tuntutan agama. Tapi pd masa tu lebih kepada orang pakai, Lara pun nk pakai jugaklah. Hasilnya.... Lara pakai bila pergi kelas ajer sampai lah bila kerja pun mcm tu jugak... krn kwn2 pejabat pun ramai yg pakai tudung. Tapi bila kluar jln-jln maleh ler nk pakai....
Sampai satu hari Lara keluar negara, Lara pergi masjid di sana. Mak oi ramainya manusia macam-macam rupa. Afrika, Amerika, Australia, Arab, China, Pakistan, Bangladesh dan semestinya Malaysia.. pasal Lara ada kt sana... hehehe. Biasalah sampai sini, Lara punya tudung pun terbanglah ditiup angin.... tapi hr tu kerana pi masjid Lara pakai tudung ala-ala Datin jelah tambah plak ngan spek yang besar atas hidung tuh... fuh perasan mcm artis kejap! Dah selesai smbhyg smua Lara pun sembang ngan sorang minah salleh ni... cantik , anak nya 3 orang. Lara tanya dia orang mana, katanya dia org Australia. Famili dia tak muslim katanya cuma dia, husband dan anak2. dia peluk islam tak sampai 10 tahun lg.. Masyaallah! Tgk tu... dia blum pun 10 tahun memegang akidah Islam, Lara ni dah Islam sejak lahir, mak ayah pun Islam tapi tgk cara dia berpakaian.... lebih Islam dari Lara ni yang lahir dlm keluarga Islam.... berhari-hari Lara pikirkan kejadian ini, lepas sembahyang Lara berdoa dan bersyukur kerana Allah sayang kan Lara dengan petunjuk ini. Lara akan tutup aurat Lara seperti yang allah suruh.... bukan kerana sesiapa tetapi kerana Allah S.W.T. terima ksih juga kepada ibu dan ayah yang tidak berhenti mendokan kebaikan untuk anak mu Ini.....
Sunday, November 15, 2009
Doa...
Doaku agar dipermudahkan segala urusan ku dunia akhirat
Doaku agar insan di sebelah ku beroleh kemudahan atas segala usahanya
Doaku agar anak2 ku menjadi anak yang taat kpd Allah dan ibu bapanya
Doaku agar Allah memberkati kedua ibu dan ayah ku, diampunkan dosa-dosa mereka.
Ya Allah, apakah layak aku ini untuk mendoakan emak dan ayah ku...
Adakah aku tergolong sebagai anak yang soleh yang mana Kau akan dengar dan makbulkannya
Berikan aku petunjukkmu ya Allah! agar aku menjadi anak yang soleh, yang mampu mendoakan kebaikan kedua emak dan ayahku....
Ya Allah aku memohon ketetapanmu untuk segala kebaikan dunia akhirat buat adik-adikku, guru-guru, sahabat-sahabatku serta seluruh Muslimin dan Muslimat di dunia ini...
Ampunkan dosa kami ya Allah! Hanya Kau tempat kami meminta dan hanya Kau yang kami sembah.......

Geram!
Cis! Apasal nk kacau hidup aku yang tak pernah kacau hidup korang.
Hidup aku tak de kena mengena langsung ngan hidup korang... tapi tetap korang nak pijak-pijak, benamkan kepala aku sedalam-dalamnya biar tidak bernafas lg?
kenapa dengki bila apa yang aku buat adalah utk kebaikan org lain dan masyarakat? kenapa sakit hati bila aku buat apa yang korang tak buat? Kenapa tidak sokong supaya sama-sama kita boleh buat? Masalahnya di sini bukan setakat dengki dan khianat saja tapi engkau turut menghasut memburuk-burukkan nama ku pada hingusan yang belum kenal erti hidup itu....
Inilah jadinya bila ada hati busuk berpekung... penuh nanah dan air bisa yang "berdenei". Kebaikan tidak kelihatan di mata tp hanya mencari jalan menyalahkan. Mencuba sedaya upaya untuk aku jatuh terduduk tertiarap... masa itu aku tahu korang akan terguling-guling ketawa tanpa simpati kerana itu yang korang doakan.
Kenapa sakit hati bila aku berusaha menjadi lebih baik tapi korang hanya duduk selesa atas punggung yang semakin membesar itu? Aku bergerak mencari yang lebih baik tapi korang bergerak menjadikan yang lain sama seperti korang untuk membesarkan punggung-pungung yang sedia besar itu!
Subscribe to:
Posts (Atom)