Sunday, December 12, 2010

Boleh tak jadi Model?

Mummy, bila besar nanti boleh tak nak jadi model?... aduss apa nak jawab ngan anak dara Lara ni? susah pulak soalan dia... lagi susah dari soalan SPM.. maklumlah Lara pun bukan ustazah yang pandai berdalil....

'emm tak payah lah sayang... orang perempuan tak boleh tunjuk badan dia kat orang ramai'... itulah jawapan selamat Lara, dah memang dia dh sekolah dan pergi mengaji dan mengerti maksud aurat pun, pastu dia tanya lagi, kalau model pakai tudung boleh tak?... huhuu terkesima Lara... nanti mummy cari jawapannya kemudian ok!...

nampaknya Lara yang kena pergi mengaji lagi... nampak sangat tak cukup ilmu lagi nak jawab soalan anak2 sekarang, walaupun umurnya baru 8 tahun... anak sekarang tak boleh bagi jawapan dead end.. contohnya takusahlah buat kerja tu, bnyk lg kerja lain boleh buat kerana nanti dia akan terus bertanya... lagipun pada pendapat Lara elok anak diajar memahami akan sesuatu dari kecil lagi supaya dia sendiri dapat membezakan baik dan buruk...

moral of the story... Ilmu Lara tak cukup lagi!

Tuesday, February 9, 2010

Niat!

Niat 1....
Kalaulah aku dapaat cuti seminggu agar dpt aku bantu ibuku di rumahnya!Akan aku masak, kemas dan buat segalanya untuk ibu! Niat itu Lara ucapkan 2-3 tahun yang lepas...
dan pada march 2009 doa itu Allah makbulkan... dapat Lara tinggal di rumah ibu tapi bukan hanya seminggu tapi berminggu-minggu! Masa tu adik Lara kawin.... hui penat jugak.... tapi itulah doa kita sentiasa didengar Yang Maha Mendengar... cepat atau lambat sahaja kurniaannya... usah dipersoalkan kenapa belum ada kepastiannya.

Niat2....
Hmmm... bila aku confirm nanti dan dh buat option pencen, akan aku kluarkan duit KWSP yang ada untuk hantar mak ayah pergi Haji...
tup-tup smua adik2 juga berfikiran yang sama... insyaallah mak ngan ayah mungkin dapat pergi lebih cepat sblm anaknya ini confirm....

Niat3....
Kesian anak-anak ku.... maknya kerja tak abis-abis... kalaulah dapat jaga dia orang ni sendiri... tak payah antar baby sitter pagi-pagi....
Hari ini Lara dapat jaga sendiri anak2 Lara, masak, cuci baju dan kemas rumah... semua buat sendiri..... rezeki ini datang bersama rezeki suami dapat biasiswa PhDnya....

Semua doa dan niat baik kita mmg didengar oleh Allah. Ini adalah pengalaman dan perasaan percaya Lara kepada Allah... sesekali atau sentiasalah berfikir dan merenung kembali kepada apa yang telah kita perolehi di mukabumi ini....

adakah ianya daripada niat dan doa kita
atau mungkin ianya doa mak dan ayah kita
atau ianya kerana perbuatan baik kita kepada orang lain?
YANG PASTI.... semuanya datang kerana Allah SWT menjawab permintaan kita dan amat pemurah atas kebaikan yg kita lakukan!

Thursday, February 4, 2010

Pemurah

Adakah anda pernah menuturkan kata ini?

Senario 1
Huish! Tgk kita ni tak pernah berkira.... kalau ada orang hutang 2-3 posen tu tak lah sampai nk mintak balik... kira bagilah!

Senario 2
Emmm! Masak-masak ni nak bagi semua orang makanlah! Buat apa nak kira jumlah orangnya. Lebih nanti bawaklah balik... tapi ada orang lain tu macam tak nak bawak apa-apa pun!

Senario 3
Apasal bila bab buat makan2 ni asyik kita jer bawak lebih tapi orang tu tak pun. Dah la tu apa yang kita beli dia ambil, barang dia simpan dalam lemari!

Disebalik apa yang terjadi kita kemudiannya bersembang2 dengan rakan yang lain dan secara bangga mengaku yang kita ini pemurah....

AWAS! Itu tipu daya syaitan, anda sudah terjebak dengan sifat takbur dan menunjuk-nunjuk! Kerana syaitan itu sentiasa melalaikan kita!

Ya Allah aku berlindung denganmu dari tipu daya syaitan... amin!

Saturday, December 19, 2009

Bakat dan Mencuba

Dulu.......
Lara tak ada bakat main gitar
Lara tidak berbakat buat kek

Hari ini......
Lara boleh main gitar
Lara boleh buat kek, kuih raya dan muffins

Semuanya boleh kalau kita mahu mencuba dan berkeinginan melakukan. Tidak berbakat hanyalah alasan untuk tidak mencuba dan malas mencuba! Betul, terbukti pada diri Lara ini!

Career Woman vs. Surirumah






Suatu masa dulu, Lara selalu mengeluh bila hari cuti, "eiiii! penatnya duduk rumah ni.... lebih baik pergi kerja!" Masa tu Lara rasa tak habis2 buat kerja rumah, melayan anak dan sewaktu dengannya. Bila pergi kerja, ungkapan yang sama juga keluar bila bersembang dengan kawan pejabat.

Tapi hari ini, Lara bergelar surirumah, tapi tak pulak Lara mengeluh penat menjaga anak2. Lara terfikir juga kenapa? Kerana Lara bersedia dari segi mental dan Lara memang berniat untuk menjaga anak-anak di kesempatan ini. Kesian mereka, bila Lara bekerja dulu, awal pagi dihantar ke sekolah/rumah pengasuh dah petang/senja baru Lara muncul bawa balik rumah. Di rumah mereka nak bermanja dengan Lara mula merengek dan minta itu ini , bila semua pun meragam Lara pun jadi geram anak kena marahlah..... kesian anak2 Lara. Mereka nak bermanja sahaja setelah seharian tidak berjumpa...... tapi Lara penat, ingin juga berehat tapi anak minta perhatian pula....

Hari ini Lara berbangga dan bersyukur kepada Allah kerana dimakbulkan doa Lara untuk menjaga anak2 sendiri. Walaupun ini hanya sementara tapi Lara puas dapat memasak untuk mereka dari sarapan, makan tengahari dan makan malam. Walaupun masakan yang paling senang seperti telur goreng, nasi dan kicap sahaja kekadang tu, tapi Lara puas dapat menyuap sendiri dengan tangan Lara ini ke mulut anak2. Baju dibasuh oleh mesin basuh tetapi disidai dan dilipat dengan kasih sayang oleh dua tangan Lara ini. Ketika tangan leka mengerjakan pakaian hati Lara tidak berhenti mendoakan kebaikan untuk anak-anak tersayang. Mudah-mudahan anak-anak Lara diberkati usaha dan amal mereka di dunia agar diakhirat kelak beroleh kebaikan abadi. AMIN!

Friday, December 18, 2009

Jemputan

Ramadhan 2008
Lara tiba-tiba tergerak untuk menjemput satu family ni datang berbuka puasa kat rumah... memang tak pernah kenal mereka ni pun. Hanya suami Lara saja yang pernah bersembang dengan si isteri tu kerana sama-sama hadir di suatu kelas. Sekali tu jelah! Tak mengapalah nanti bila datang Lara boleh kenal lebih baik lagi dengan mereka.

Peramah isterinya, si suami pula askar. Bersungguh datang menemankan isteri belajar di luar tanah air tercinta. Meninggalkan kerja sebagai perwira negara. Anaknya 2 hero. Bestnya mereka ni.... Lara dapat kawan baru dan hingga kini kami kawan baik.

Seronoknya berbuka hari tu dapat kenal orang baru dari Malaysia. Meriah lah berbuka hari tu. Kalau tak hanya Lara, suami dan anak2. Bersungguh-sungguh Lara memasak hari tu nak menjamu rakan baru tu.

Aidil Adha 2009
Minggu lepas tetiba ada panggilan dari seorang wanita yang langsung tidak Lara kenali. Dia perkenalkan dirinya dan katanya adiknya sama-sama belajar dengan suami Lara dulu. Oooo... jadi kami berkenalanlah melalui telefon, peramah orangnya.

Selang 2-3 hari kemudian, wanita itu menelefon kembali. Nak buat jemputan katanya... Hari Raya haji nanti jemputlah ke rumah, kita makan-makan yer... dia tanya lara lagi, ada anak kecil tak? Lara kata ada... kenapa kak? aaaa... bawak baju mandi sekali nanti boleh swim kt rumah akak.... OOOOO ada swimming pool akak ni... Ok suami Lara juga dh setuju... nanti kami datang kak, Insyaallah! Lara pergi sana bawak kuih Raya!

Pada petang Hari Raya kami pun menuju ke sana, wow besarnya rumah akak ni. Kami disambut dengan ramah mesra sekali. Walau pun rumah besar, ada swimming pool tak kekok Lara, suami dan anak2 di rumahnya. Anak2 apa lagi terus terjun ke swimming pool. Banyak sekali juadah akak ni buat rendang, ayam goreng, lontong.... Ada banyak lg....memang best! .....

Sepanjang berada di sana, Lara bersyukur kpd allah ditemukan dengan insan baik seperti akak ni, ikhlas dia menerima kami sebagai tetamunya. Lara mendoakan dia agar diberkati Allah selalu!

Saturday, November 21, 2009

Rezeki.

Setiap anak yang datang Allah kurniakan rezeki untuk setiap anak itu,
Setiap niat yang baik, Allah gandakan pulangannya walaupun belum dilangsaikan niat itu...

Dan kenapa harus kita menidakkan nikmat yang telah Allah berikan itu?


Suatu hari Lara pergi ke pasar malam... Lara berhenti kat sorang Pakcik Tua yang menjual laksa... gerainya atas sebuah basikal. Ada kotak yang memuatkan bahan2 laksanya, bawang telur, timun dan kuah. Kuah diletakkan di bahagian luar kotaknya dalam periuk tanah... buyung kata org kampung Lara... masih panas kuah tu... berasap-asap lagi...


Lara mintak laksa 2... maka pakcik Tua itu pun ambil 2 bungkus laksa yang pre-packed dan masukkan bebahan lainnya dan ikat. Kemudian dia mencedok kuah, Lara bilang sekalikan jelah kuah tu pakcik, nak makan ngan anak2 nnti... Lara pun tak nak membazir plastik pakcik tu... walau pun satu tapi kalau 100 customer cam ni... kan untung lebih skit pak cik tu nanti...


Pakcik Tua tu pun kemudian masukkan 2 bungkus laksa Lara dalam sumpit dan menghulurkannya kepada Lara... Berapa Pakcik? tanya Lara... 3 ringgit jer nak! Lara pun amik ler duit dalam purse dan hulur kt Pakcik tu... dan kebetulan mmg ada duit kecik plak...


Pakcik tu pun amik duit RM3 tersebut dan mencium duit tersebut dengan ucapan 'Alhamdulillah'... Ya Allah! besar sungguh nilai Rm3 tadi pada Pakcik tu... tinggi sungguh rasa syukurnya pada Allah SWT kerana menerima rezekinya dari pembelian Lara tadi... walaupun hanya RM3.... pernahkah Lara ucapkan rasa syukur bila dapat gaji tiap-tiap bulan walaupun 4 angka? mungkin Lara bersyukur tapi rasanya tidaklah diungkapkan bila setiap kali gaji masuk dan tidak seperti yang Pakcik Tua itu rasakan... Lara patut lebih bersyukur lagi dengan apa yang Lara ada hari ini....


Alhamdulillah, syukur dengan semua nikmat yang Kau berikan!