Saturday, November 21, 2009

Rezeki.

Setiap anak yang datang Allah kurniakan rezeki untuk setiap anak itu,
Setiap niat yang baik, Allah gandakan pulangannya walaupun belum dilangsaikan niat itu...

Dan kenapa harus kita menidakkan nikmat yang telah Allah berikan itu?


Suatu hari Lara pergi ke pasar malam... Lara berhenti kat sorang Pakcik Tua yang menjual laksa... gerainya atas sebuah basikal. Ada kotak yang memuatkan bahan2 laksanya, bawang telur, timun dan kuah. Kuah diletakkan di bahagian luar kotaknya dalam periuk tanah... buyung kata org kampung Lara... masih panas kuah tu... berasap-asap lagi...


Lara mintak laksa 2... maka pakcik Tua itu pun ambil 2 bungkus laksa yang pre-packed dan masukkan bebahan lainnya dan ikat. Kemudian dia mencedok kuah, Lara bilang sekalikan jelah kuah tu pakcik, nak makan ngan anak2 nnti... Lara pun tak nak membazir plastik pakcik tu... walau pun satu tapi kalau 100 customer cam ni... kan untung lebih skit pak cik tu nanti...


Pakcik Tua tu pun kemudian masukkan 2 bungkus laksa Lara dalam sumpit dan menghulurkannya kepada Lara... Berapa Pakcik? tanya Lara... 3 ringgit jer nak! Lara pun amik ler duit dalam purse dan hulur kt Pakcik tu... dan kebetulan mmg ada duit kecik plak...


Pakcik tu pun amik duit RM3 tersebut dan mencium duit tersebut dengan ucapan 'Alhamdulillah'... Ya Allah! besar sungguh nilai Rm3 tadi pada Pakcik tu... tinggi sungguh rasa syukurnya pada Allah SWT kerana menerima rezekinya dari pembelian Lara tadi... walaupun hanya RM3.... pernahkah Lara ucapkan rasa syukur bila dapat gaji tiap-tiap bulan walaupun 4 angka? mungkin Lara bersyukur tapi rasanya tidaklah diungkapkan bila setiap kali gaji masuk dan tidak seperti yang Pakcik Tua itu rasakan... Lara patut lebih bersyukur lagi dengan apa yang Lara ada hari ini....


Alhamdulillah, syukur dengan semua nikmat yang Kau berikan!


Monday, November 16, 2009

Tudung Siti...


Wah ramai sungguh orang yang komen 'Pehal si Siti tu pakai tudung ke tak?'

Bagi Lara senang jer.... Alhamdulillah dia ada keinginan untuk menutup aurat atas kesedarannya dan ilmu yang dia ada sebagai seorang Islam. Mungkin setakat ini, itu yang dia mampu buat dan belum pun terkesan untuk dia berbuat sepenuhnya. Insyaallah berkat doa keluarganya dan kita semua kelak Siti Nurhaliza akan menerima hidayah Allah.

Apa yang Siti buat tu Lara dh pernah melaluinya... masa tgh belajar kat universiti dulu Lara tak pakai tudung pun tapi bila tengok ramai kawan2 pakai tudung teringin juga masa tuh lagipun ia juga satu tuntutan agama. Tapi pd masa tu lebih kepada orang pakai, Lara pun nk pakai jugaklah. Hasilnya.... Lara pakai bila pergi kelas ajer sampai lah bila kerja pun mcm tu jugak... krn kwn2 pejabat pun ramai yg pakai tudung. Tapi bila kluar jln-jln maleh ler nk pakai....

Sampai satu hari Lara keluar negara, Lara pergi masjid di sana. Mak oi ramainya manusia macam-macam rupa. Afrika, Amerika, Australia, Arab, China, Pakistan, Bangladesh dan semestinya Malaysia.. pasal Lara ada kt sana... hehehe. Biasalah sampai sini, Lara punya tudung pun terbanglah ditiup angin.... tapi hr tu kerana pi masjid Lara pakai tudung ala-ala Datin jelah tambah plak ngan spek yang besar atas hidung tuh... fuh perasan mcm artis kejap! Dah selesai smbhyg smua Lara pun sembang ngan sorang minah salleh ni... cantik , anak nya 3 orang. Lara tanya dia orang mana, katanya dia org Australia. Famili dia tak muslim katanya cuma dia, husband dan anak2. dia peluk islam tak sampai 10 tahun lg.. Masyaallah! Tgk tu... dia blum pun 10 tahun memegang akidah Islam, Lara ni dah Islam sejak lahir, mak ayah pun Islam tapi tgk cara dia berpakaian.... lebih Islam dari Lara ni yang lahir dlm keluarga Islam.... berhari-hari Lara pikirkan kejadian ini, lepas sembahyang Lara berdoa dan bersyukur kerana Allah sayang kan Lara dengan petunjuk ini. Lara akan tutup aurat Lara seperti yang allah suruh.... bukan kerana sesiapa tetapi kerana Allah S.W.T. terima ksih juga kepada ibu dan ayah yang tidak berhenti mendokan kebaikan untuk anak mu Ini.....

Sunday, November 15, 2009

Doa...

Doaku agar dipermudahkan segala urusan ku dunia akhirat
Doaku agar insan di sebelah ku beroleh kemudahan atas segala usahanya
Doaku agar anak2 ku menjadi anak yang taat kpd Allah dan ibu bapanya
Doaku agar Allah memberkati kedua ibu dan ayah ku, diampunkan dosa-dosa mereka.

Ya Allah, apakah layak aku ini untuk mendoakan emak dan ayah ku...
Adakah aku tergolong sebagai anak yang soleh yang mana Kau akan dengar dan makbulkannya
Berikan aku petunjukkmu ya Allah! agar aku menjadi anak yang soleh, yang mampu mendoakan kebaikan kedua emak dan ayahku....

Ya Allah aku memohon ketetapanmu untuk segala kebaikan dunia akhirat buat adik-adikku, guru-guru, sahabat-sahabatku serta seluruh Muslimin dan Muslimat di dunia ini...
Ampunkan dosa kami ya Allah! Hanya Kau tempat kami meminta dan hanya Kau yang kami sembah.......

Geram!

Cis! Apasal nk kacau hidup aku yang tak pernah kacau hidup korang.
Hidup aku tak de kena mengena langsung ngan hidup korang... tapi tetap korang nak pijak-pijak, benamkan kepala aku sedalam-dalamnya biar tidak bernafas lg?
kenapa dengki bila apa yang aku buat adalah utk kebaikan org lain dan masyarakat? kenapa sakit hati bila aku buat apa yang korang tak buat? Kenapa tidak sokong supaya sama-sama kita boleh buat? Masalahnya di sini bukan setakat dengki dan khianat saja tapi engkau turut menghasut memburuk-burukkan nama ku pada hingusan yang belum kenal erti hidup itu....
Inilah jadinya bila ada hati busuk berpekung... penuh nanah dan air bisa yang "berdenei". Kebaikan tidak kelihatan di mata tp hanya mencari jalan menyalahkan. Mencuba sedaya upaya untuk aku jatuh terduduk tertiarap... masa itu aku tahu korang akan terguling-guling ketawa tanpa simpati kerana itu yang korang doakan.
Kenapa sakit hati bila aku berusaha menjadi lebih baik tapi korang hanya duduk selesa atas punggung yang semakin membesar itu? Aku bergerak mencari yang lebih baik tapi korang bergerak menjadikan yang lain sama seperti korang untuk membesarkan punggung-pungung yang sedia besar itu!

Friday, November 13, 2009

Tangis Lara!

Suatu ptg mak call... tak de pape pun sembang2 kosong ngan mak, Lara cakap mak baby demam mlm tadi pastu mak kata...ayah kata, "Lara tu marah apa ngan ayah ni ntah... smlm ayah kt sana tak berapa nk cakap ngan ayah pun!" Terkedu Lara, tak tau nak cakap apa ngan mak... Lara tak berniat langsung nak marah ayah.... apa hak Lara ni nak marah ayah... Lara bagi tau mak, Lara tak marah ayah pun.... tak de apa2 nk marah pun... pasal baby demam mak... Lara kt bilik aje mlm tadi dah tu tak sembang2 ngan ayah...

Ayah kecik hati yer ayah Lara tak sembang ngan ayah smlm... maafkan Lara ayah! tak terniat langsung Lara nk marah ayah. bukan hak Lara pun nk marah ayah! Lara ni hanya seorang anak!Teresak-esak Lara nangis sebab teringatkan ayah yg kecil hati kat Lara... Ayah! Lara tak nak jadi anak derhaka.... ampunkan Lara kerana ayah terguris hati... anak Lara demam mlm tadi...

Tak keruan Lara jadinya kejap kluar kejap masuk rumah... telefon dlm tangan. Nk call ayah ke tak nak.. berulang-ulang soalan tu... akhirnya Lara kuatkan semangat kerana Lara tak nak hidup dlm keadaan ayah berjauh hati ngan Lara, nanti ayah tak doakan Lara mana akan datangnya rahmat Allah buat Lara? Lara sayang ayah, Lara perlukan ayah untuk sentiasa doakan rahmat untuk Lara.

"Ayah! Lara tak marah ayah pun semalam... tak berniat pun lara nk marah ayah... ayah ampunkan Lara ayah! Lara mintak ampun ngan ayah! baby demam mlm tadi ayah.... perlahan Lara dengar suara ayah... Yelah, ayah ampunkan. ayah ampunkan! Lara tahu ayah tak boleh cakap lama kerana tgh kerja. Cepat call Lara tamat... tapi tak mengapa kerana hati Lara tenang... ayah tak jauh hati lagi... ayah dh ampunkan Lara!

Ayah Lara ni walaupun pencen masih kuat bekerja... rumahnya di sebuah Bandaraya. Kerjanya slalu ulang alik kt kawasan umah Lara ni... tiap2 minggu pasti ayah tidur rumah Lara bila dia datang kerja sini. Mana ada anak2 ayah yg lain dpt special mcm tu...

Malam sebelum mak tepon tu ayah datang macam biasalah... mlm dlm pukul 8 ayah kluar pi minum2 kopi ngan kawan dia.... sblm dia kluar lg Lara dh wat siap2 tempat tidor ayah sebab tak tahu pukul berapa dia akan balik. Jadi bila dia balik nanti senang lah terus tidur!... ayah ni special skit, tak suka tidur kt bilik... dia suka tidor depan TV... boleh layan bola.... hmmm mmg dari muda suka tgk bola sanggup berjaga tgh mlm!

Lepas sejam ayah balik tapi takpe Lara tak yah susah bukak pintu pasal ayah mmg ada kunci rumah ni... malam tu pulak baby Lara demam jadi Lara pun tak kluar2 bilik lagilah... penat kerja satu anak pun demam dan meragam.....

Esok paginya masih penat2 dan blur lg psl tak cukup tidur mlm tadi buat ayah Milo secawan dan husbn beli kuih, pastu ayah nk pergi kerja dh. Lara pun salam ayah dan dia pun pergi.... mmg salah Lara kerana tak bersembang-sembang ngan ayah masa ayah datang tu... Salah Lara ayah buat ayah rasa tidak dihargai pada waktu itu.... ampunkan Lara ayah!

Wednesday, November 11, 2009

Terima kasih Ayah...

Lara ni lahir dalam keluarga yang sederhana je... ayah dulu polis... pnh pegang jawatan smpai Assistant Commissioner (ACP). Mak plak surirumah. Ayah Lara tegas... kalau kecik2 dulu mmg takut kt dia... kalau dia panggil sekali jer mesti terus tercegat dpn dia......

Ayah ajar Lara baca, ayah ajar Lara menulis, ayah ajar lara mangira dan sifir... terhinggut-hinggut badan menahan esak tangis bila belajar ngan ayah..... suara ayah kuat bak guruh bila mengajar... tapi ayah pandai mengajar.... cepat Lara boleh baca, umur 6 tahun dh baca Utusan Malaysia yg ayah pesan utk deliver kt umah hari-hari... Tepat pukul 10 mesti ayah dh suruh Lara masuk tidur.... mmg tiap2 mlm sekolah Lara tak leh tengok TV, kena wat homework atau baca jer apa2 sampai time tidur.... masa tu sedey sbb tak leh join kwn2 sekolah review citer McGyver ke aper ke ...

Tapi ari ni Lara bersyukur punya ayah yang berfikir masa depan anak dia... Lara faham ayah buat tu semua sebab ayah sayang Lara. Dia nak anaknya jadi orang bijak pandai boleh berdikari dan tidak menyusahkan orang lain... sebab ayah tahu dia nanti takkan ada selamanya untuk menyara Lara. Jadi taklah Lara menyusahkan orang lain kan ayah!

Tuesday, November 10, 2009

Salam!


Salam wat smua dari Lara Manja Lara (LML) bukan MLM, multi level marketing tau! Blog ni hanya utk suke-suke hiburkan hati Lara ni walaupun hidup ku tak melara... tapi suka nk tulis2 kekadang nk gossip ke, nk kepoh2 hidup org lain!.... mungkin gak nk tulis pasal hidup Lara sendiri...