Monday, November 16, 2009

Tudung Siti...


Wah ramai sungguh orang yang komen 'Pehal si Siti tu pakai tudung ke tak?'

Bagi Lara senang jer.... Alhamdulillah dia ada keinginan untuk menutup aurat atas kesedarannya dan ilmu yang dia ada sebagai seorang Islam. Mungkin setakat ini, itu yang dia mampu buat dan belum pun terkesan untuk dia berbuat sepenuhnya. Insyaallah berkat doa keluarganya dan kita semua kelak Siti Nurhaliza akan menerima hidayah Allah.

Apa yang Siti buat tu Lara dh pernah melaluinya... masa tgh belajar kat universiti dulu Lara tak pakai tudung pun tapi bila tengok ramai kawan2 pakai tudung teringin juga masa tuh lagipun ia juga satu tuntutan agama. Tapi pd masa tu lebih kepada orang pakai, Lara pun nk pakai jugaklah. Hasilnya.... Lara pakai bila pergi kelas ajer sampai lah bila kerja pun mcm tu jugak... krn kwn2 pejabat pun ramai yg pakai tudung. Tapi bila kluar jln-jln maleh ler nk pakai....

Sampai satu hari Lara keluar negara, Lara pergi masjid di sana. Mak oi ramainya manusia macam-macam rupa. Afrika, Amerika, Australia, Arab, China, Pakistan, Bangladesh dan semestinya Malaysia.. pasal Lara ada kt sana... hehehe. Biasalah sampai sini, Lara punya tudung pun terbanglah ditiup angin.... tapi hr tu kerana pi masjid Lara pakai tudung ala-ala Datin jelah tambah plak ngan spek yang besar atas hidung tuh... fuh perasan mcm artis kejap! Dah selesai smbhyg smua Lara pun sembang ngan sorang minah salleh ni... cantik , anak nya 3 orang. Lara tanya dia orang mana, katanya dia org Australia. Famili dia tak muslim katanya cuma dia, husband dan anak2. dia peluk islam tak sampai 10 tahun lg.. Masyaallah! Tgk tu... dia blum pun 10 tahun memegang akidah Islam, Lara ni dah Islam sejak lahir, mak ayah pun Islam tapi tgk cara dia berpakaian.... lebih Islam dari Lara ni yang lahir dlm keluarga Islam.... berhari-hari Lara pikirkan kejadian ini, lepas sembahyang Lara berdoa dan bersyukur kerana Allah sayang kan Lara dengan petunjuk ini. Lara akan tutup aurat Lara seperti yang allah suruh.... bukan kerana sesiapa tetapi kerana Allah S.W.T. terima ksih juga kepada ibu dan ayah yang tidak berhenti mendokan kebaikan untuk anak mu Ini.....

No comments:

Post a Comment