Saturday, December 19, 2009

Career Woman vs. Surirumah






Suatu masa dulu, Lara selalu mengeluh bila hari cuti, "eiiii! penatnya duduk rumah ni.... lebih baik pergi kerja!" Masa tu Lara rasa tak habis2 buat kerja rumah, melayan anak dan sewaktu dengannya. Bila pergi kerja, ungkapan yang sama juga keluar bila bersembang dengan kawan pejabat.

Tapi hari ini, Lara bergelar surirumah, tapi tak pulak Lara mengeluh penat menjaga anak2. Lara terfikir juga kenapa? Kerana Lara bersedia dari segi mental dan Lara memang berniat untuk menjaga anak-anak di kesempatan ini. Kesian mereka, bila Lara bekerja dulu, awal pagi dihantar ke sekolah/rumah pengasuh dah petang/senja baru Lara muncul bawa balik rumah. Di rumah mereka nak bermanja dengan Lara mula merengek dan minta itu ini , bila semua pun meragam Lara pun jadi geram anak kena marahlah..... kesian anak2 Lara. Mereka nak bermanja sahaja setelah seharian tidak berjumpa...... tapi Lara penat, ingin juga berehat tapi anak minta perhatian pula....

Hari ini Lara berbangga dan bersyukur kepada Allah kerana dimakbulkan doa Lara untuk menjaga anak2 sendiri. Walaupun ini hanya sementara tapi Lara puas dapat memasak untuk mereka dari sarapan, makan tengahari dan makan malam. Walaupun masakan yang paling senang seperti telur goreng, nasi dan kicap sahaja kekadang tu, tapi Lara puas dapat menyuap sendiri dengan tangan Lara ini ke mulut anak2. Baju dibasuh oleh mesin basuh tetapi disidai dan dilipat dengan kasih sayang oleh dua tangan Lara ini. Ketika tangan leka mengerjakan pakaian hati Lara tidak berhenti mendoakan kebaikan untuk anak-anak tersayang. Mudah-mudahan anak-anak Lara diberkati usaha dan amal mereka di dunia agar diakhirat kelak beroleh kebaikan abadi. AMIN!

No comments:

Post a Comment